THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, November 4, 2009

So..i'm selling them..

Salam..

Check out my brand new crystal collection..tell me if u like, and i'll give u the price as well as their name..

This is some of necklace




PA050574









PA050576









PA050577









PA050579









PA050580









PA050581









PA050583









PA050584



And here are some of bracelet..
PA050008
PA050014
PA050028
PA050031
PA050043
PA050046
PA050049
PA050052
PA050056

Sorry for the less of info..i'm just looking for anyone interested..i will update them someday..
Anyway, those who is  interested may contact me by mail..and maybe we will set for an appointment, and i'll show some of the collection of mine..

Monday, November 2, 2009

Crystal dan Mistik

Batu-batu crystal ialah batu semulajadi yang cantik dan bertenaga ntistik. Batu batu crystal boleh melindungi seseorang dari tenaga-tenaga negatif, malapetaka, mahluk halus dan kecederaan dalaman. Ia membawa nasib baik atau keuntungan dari segi kewangan dan kerjaya. Tenaga mistik ini juga boleh digunakan untuk tujuan nenyembuh penyakit, mendorong pertumbuhan rohani dan jasmani, membawa sebuah perubahan positif dalam kehidupan yang, lebih sempurna.

AGATE: Kemerahan + Oren
• Batu crystal yg mempunyai lorekan jalur yg menarik,cantik dan unik.
• Menenangkan gangguan emosi dan bertindak sebagai pendinding diri.
• Mengurangkan dan mengawal perasaan marah.
• Sesuai untuk wanita yang telah putus haid disamping membantu dan mengawal masalah rahim.
• Mengatasi masalah sakit perut atau gastrik dan sawan.
• Baik untuk mereka yg ada masalah perjalanan darah yg tak stabil.

AMETHYST: Unggu
• Batu crystal yg tinggi kuasanya.
• Membawa kpd kebijaksanaan, meningkatkan daya firasat dan memotivasikan pemikiran.
• Mampu membersihkan darah serta menstabilkan tenaga dalaman.
• Bertindak sebagai penenang, dan pengaktifan otak sebelah kanan.
• Memulihkan masalah migrain dan masalah kulit.
• Anda yang sukar tidur malam adalah disyorkan meletakan Amethyst di bawah bantal ketika tidur.
• Amat sesuai bagi kanak-kanak yg ada masalah sawan tangis.

AQUAMARINE: Biru Muda
• Merupakan batu Biru muda yg sangat diminati oleh kaum Cina.
• Memberi ketenangan jiwa serta boleh membawa kpd keuntungan di dalam perniagaan.
• Dapat mempererat sesebuah persahabatan.
• Sangat baik utk mereka yg mempunyai masalah dalaman seperti sakit perut,masalah usus, hati,limpa dan otak.
• Bertindak menguatkan gigi.
• Digalakan kanak-kanak yg bersifat "Hyper Active' memakainya kerana dikatakan dapat mengawal dan mengimbangi jiwa kanak-kanak itu.
• Pengidap tyroid sangat digalakan utk memakai Aquamarine dgn cara meletakannya di bahagian leher.

AVENTURINE: Hijau
• Menjadikan seseorang itu optimistic dan membawa tuah kpd sipemakainya.
• Berkesan juga utk mengimbangi tubuh badan dan darah.
• Amat sesuai utk mengurangkan perasaan marah.
• Baik utk mereka yg mengidap migrain dan kolestrol yg tinggi.
• Mereka yg mempunyai kulit sensitif serta alahan pun amat sesuai menggunakannya.

BLOOD STONE: Coklat Kehijauan
• Bertindak sebagai pemelihara kecantikan dan mengekalkan wajah muda berseri disamping mampu membersihkan darah.
• Sesuai sekali utk mereka yang mempunyai masalah tekanan darah rendah.
• Penghidap darah tinggi, leukemia dan masalah darah tersumbat adalah disarankan supaya meletakkannya disebelah katil ketika tidur atau terus memakainya.
• Melindungi sipemakai dari kuasa kuasa negatif.
• Wanita-wanita yg lemah semangat adalah digalakkan memakainya.

CARNELIAN: Oren + Merah + Coklat
• Memberi semangat jati diri dan keyakinan diri.
• Mengawal perasaan marah dan mampu memberi ketenangan jiwa disamping menolong sipemakai utk mencapai sebuah impian.
• Sesuai utk penyakit tulang belakang, sengal-sengal dan melancarkan peredaran darah.

CHALSEDONY: Putih + Biru + Merah
• Mendatangkan perasaan ghairah kpd si pemakai.
• Meredakan dgn cepat pada mereka yg mudah tersinggung.
• Menguatkan aliran darah, jantung, limpa, sumsum tulang dan imbangan zat besi.
• Menghangatkan tubuh fizikal, emosi, mental dan mata.

CHAROITE: Unggu Kebiruan
• Memulihkan sakit dalaman perut.
• Memberi tenaga luar biasa kpd si pemakai.
• Mengatasi masalah sukar tidur, mengawal emosi dan memelihara tekanan perasaan atau stress.

CHRYSOCOLLA: Biro + Hijau
• Memelihara perhubungan cinta sipemakainya.
• Memberi ketenangan serta dapat mengawal perasaan.
• Sesuai utk sakit tulang, gastrik atau ulser, tekanan darah rendah dan tinggi, tyroid, hati dan buah pinggang serta melancarkan darah.
• Kaum wanita adalah digalakkan memakainya.

CITRINE: Kuning Keperangan
• Mewakili taraf keagungan dan memberikan keyakinan dalam diri.
• Boleh mengimbangi badan dan mengurangkan selulit di dalam badan.
• Melancarkan perjalanan darah.
• Memulihkan penyakit tyroid.
• Untuk memperolehi keseimbangan badan berterusan sebaik-baiknya hendaklah senantiasa dipakai pada anggota badan.

FLUORITE: Unggu + Hijau
• digunakan sebagai pemberi rangsangan yg baik kpd tubuh badan, meghilangkan kesakitan dan mengelakkan keletihan serta memulihkan emosi.
• Disamping menguatkan gigi serta tulang, Fluorite juga menghilangkan batuk-batuk, memulihkan masalah kulit dan melawaskan kencing.

GARNET: Merah Hati
• Memberi tenaga, pencetus kasih sayang, mengawal perasaan marah serta memulihkan masalah seksual.
• Baik utk masalah kulit dan sekali gus melindungi si pemakainya.

HEMATITE: Kelabu + Merah
• Batu crystal yg amat kuat auranya di kalangan batu-batu crystal yg lain.
• Menghilangkan ketakutan dan menjauhi segala keburukan.
• Sangat mujarab utk sakit-sakit sendi, bengkak-bengkak badan dan kebas-kebas.
• Amat sesuai sekali diletakkan di bahagian kaki.

JADE: Hijau + Putih + Kuning
• Satu-satunya batu crystal yg dipercayai turun menurun oleh kaum Cina.
• Dikatakan mempunyai aura yg boleh membawa kpd keharmonian dan kedamaian.
• Membawa tuah kpd sesorang itu dan mampu memberikan keuntungan dalam perniagaan serta memberi ketenangan dalam diri.
• Mengatasi masalah pundi kencing, sembelit dan buah pinggang.

JARUM EMAS: Kuning + Coklat + Hitam
• Memberi cahaya dalam hidup.
• Si pemakai akan sentiasa berasa yakin disamping boleh meningkatkan lagi mutu kehidupan.
• Memberi ketenangan kepada seseorang.
• Amat sesuai buat mereka yg mempunyai fobia.
• Mengimbangi perjalanan darah dan mengurangkan sakit tyroid.
• Sesuai untuk kanak-kanak.

JASPER: Merah + Coklat
• Mengawal dan melindungi si pemakai dari kuasa-kuasa negatif atau sihir.
• Menghindar mimpi buruk sewaktu tidur.
• Bertindak mengatur keseimbangan masalah dalaman.
• Mampu menolong mereka yg mempunyai masalah lemah tenaga batin.

KUNZITE: Merah Jambu + Hijau + Kuning
• Berkesan utk mengawal tekanan perasaan dan emosi.
• Mampu memberi semangat baru dan mampu memelihara perhubungan cinta.
• Dapat menyembuhkan penyakit jantung.

KYANITE: Putih + Biru + Hijau +Kuning + Hitam + Merah Jambu
• Memberikan tenaga dan melindungi si pemakai dari kuasa-kuasa jahat.
• Mengawal tekanan perasaan atau stress dan rasa marah.
• Mengatasi masalah tyroid, tekanan darah rendah dan tinggi serta sesuai utk mereka yg ada masalah usus dan otak.
• Dapat mengimbangi berat badan.

LABRADORITE: Hitam +Biru + Kuning
• Memberi tenaga kpd seseorang.
• Memberi harapan utk berjaya pada si pemakai.
• Mengawal dari perasaan takut serta mengawal mental.
• Amat sesuai bagi masalah ghout, darah rendah, batuk dan sakit mata.
• Memelihara otak dan menghindari tekanan atau stress.

LAPIS LAZULI: Biru Tua
• Lapis Lazuli adalah sesuai sekali bagi penyembuhan penyakit migrain dan mengurangkan masalah tyroid.
• Baik juga utk mereka yg ada sakit-sakit tulang , menstabilkan tekanan darah rendah dan juga sangat elok bagi meningkatkan tenaga serta pemulihan mental.

MOONSTONE: Putih Krim + Kuning
• dianggap batu yang mengeluarkan sinaran terang dan bercahaya seperti bulan.
• Memberikan tenaga kpd si pemakai samada lelaki atau perempuan tatkala bulan mengambang.
• Boleh mengawal tekanan atau stress dan emosi serta sesuai juga utk masalah dalaman seperti paru-paru dan hati.
• Melindungi wanita hamil dan memelihara payudara.
• Baik juga utk mereka yang kerap mengigau sewaktu tidur.

ONYX: Hitam + Kelabu Keputihan
• Memberi tenaga luarbiasa utk merangsang seseorang itu bekerja.
• Mampu menghindar dari perasaan sedih serta memberi perlindungan kepada si pemakai.
• Sangat baik utk tulang dan gigi.
• Mengawal masalah buah pinggang dan kaki serta dapat mengatasi perasaan gemuruh dan melancarkan darah.

PREHNITE STONE: Hijau Muda
• Membantu memberi tenaga dalaman.
• Baik sekali utk mengatasi masalah fobia.
• Mencetuskan perasaan mencintai dan dicintai.
• Sesuai utk mereka yang ada masalah pundi kencing, hati, perut, paru-paru, ghout dan masalah peredaran darah yang tidak lancar.
• Amat sesuai juga utk kanak-kanak yg 'Hyper Active'.

RHODOCROSITE: Merah Jambu Kehitaman
• Bagus utk mengeratkan perhubungan, mengawal tekanan perasaan atau stress disamping memberi ketenangan dalam jiwa.
• Mampu mengatasi masalah migrain, mencantikkan kulit, mengimbangi dan mengawal penyakit tyroid.

RHODONITE: Merah Jambu + Kelabu + Merah
• Sangat berkesan kpd mereka yg mudah merasa panik.
• Baik sekali utk mereka yg cepat marah atau panas baran.
• Bertindak melegakan dan menenangkan perasaan.
• Bagus utk mereka yg ada masalah ulser perut disamping mampu memulihkan masalah trauma.
• Sesuai utk penghidap kencing manis dan juga penghidap sakit tulang.

ROSE QUARTZ: Merah Jambu
• Sebagai pembuka hati utk perasaan cinta, memberikan ketenangan serta dapat mengeratkan lagi rasa kasih sayang.
• Sesuai dipakai bagi mereka yg sering mengalami krisis rumahtangga.
• Untuk tampil ceria, berseri dan selembut warna 'pink'.
• Berkesan kpd pengidap sakit asma, parkinson dan juga mereka yg mempunyai masalah kulit.

RUBY: Hijau Kemerahan
• Pemberi semangat dan bersedia menghadapi segala cabaran dan dugaan.
• Amat sesuai utk mereka yg ada masalah seksual.
• Dapat memulihkan perjalanan darah dan meredakan perasaan cepat marah.
• Meningkatkan kejayaan dan menstabilkan ekonomi si pemakai.

SAPPHIRE: Biru + Hitam + Unggu
• Sebagai pengimbang darah dan mengurangkan ketegangan atau tension.
• Sesuai utk penyakit darah tinggi dan memulihkan penglihatan.

SMOKEY STONE: Hitam Cair
• Memberi tenaga dalaman, ketenangan, mengatasi tekanan/stress dan emosi.
• Sesuai utk mereka yg menghidap sakit tulang belakang, sakit-¬sakit sendi dan ada masalah perjalanan darah.
• Melancarkan peredaran darah ketika datang haid.

TIGER'S EYE: Coklat + Biru Tua + Hijau Tua
• Cantik dan menarik kerana mempunyai lorekan jalur seperti kayu dan berkilauan.
• Sebagai pemberi semangat keberanian kpd seseorang dan menghindar diri dari perasaan takut.
• Membantu menangani permasalahan dan juga mendorong membuat sesuatu keputusan dgn tepat.
• Membantu mengubati sakit tulang, hati, sendi-sendi dan rasa sengal-sengal.

TOURMALINE: Hijau + Unggu
• Sebagai penenang perasaan.
• merapatkan perhubungan cinta serta persahabatan.
• Mengurangkan dan mengubati sakit tyroid, masalah perut dan amat baik sekali utk otak.
• Melicinkan kulit.
• Mengatasi masalah sukar tidur malam.

TURQUOISE: Biru + Hijau
• Penyumbang kepada tenaga dalaman, ketenangan jiwa.
• Mengeratkan suatu persahabatan dan perhubungan.
• Sesuai utk mereka yg mempunyai penyakit ghout.
• Memulih serta memelihara seseorang yg mudah panik.

Penting
Fakta- fakta di atas adalah hasil kaji-selidik dan kajian oleh pakar-pakar serta para ilmuan yg berkaitan dgn batu-batu crystal. Kesan dan faedahnya sangat bermanfaat dan menakjubkan.
Namun begitu, umat Islam adalah dinasihatkan supaya tidak terlalu ghairah atau bergantung dan mempercayai sepenuhnya terhadap batu-batu crystal semata-mata kerana dikuatiri akan merosakan AQIDAH seseorang umat itu.
sesungguhnya apa yg kita sedia maklum bahawasanya segala kebaikan dan penyembuhan itu hanyalah datang dari ALLAH swt sahaja. Tiada yg lain yg lebih berkuasa di muka bumi ini melainkan-Nya. Wallahu'alam.